Untuk makluman, pengguna boleh mengakses portal Sistem E-Bill di bahagian E-Services. Sistem E-Bill merupakan sistem semakan bil air secara atas talian bagi memudahkan pengguna ni negeri Perlis untuk membuat semakan.
Bagi pengguna yang mengakses sistem ini disaran menggunakan komputer kerana paparan sistem ini dioptimasikan untuk paparan komputer. Bagi pengguna smartphone perlu mengubah tetapan "Desktop View" di aplikasi Browser
sebelum mengakses sistem ini.
Sila klik disini untuk memuat turun Manual Pengguna.
KIOSK ONEAPPS
Untuk makluman, kemudahan pembayaran bil air melalui Kiosk OneApps yang terdapat di UTC Kangar akan ditamatkan perkhidmatan berkuatkuasa 01.02.2020
Sehubungan dengan itu, dinasihatkan semua pengguna tidak lagi membuat pembayaran bil air melalui kiosk tersebut. Terima Kasih
PENUTUPAN AKAUN
Perhatian kepada pengguna yang ingin menutup akaun air. Anda dinasihatkan supaya membawa dokumen seperti berikut :-
- Gambar/Bacaan Meter (Nombor yang berwarna hitam sahaja)
- Salinan Resit Pembayaran Deposit
KURSUS ULANGKAJI UNTUK KONTRAKTOR PERMIT C
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dengan ini memaklumkan bahawa semua kontraktor yang memiliki Permit Industri Perkhidmatan Air (IPA) Jenis C yang disahkan oleh SPAN untuk pembinaan, pemasangan atau pengubahsuaian ke mana-mana bahagian sistem bekalan air wajib menghadiri Kursus Ulangkaji bermula pada 1 Julai 2018 hingga 30 Jun 2021 sebelum permit C sedia ada dapat diperbaharui.
*Sila Klik Disini untuk maklumat lanjut.
*Sila Klik Disini untuk maklumat lanjut.
ONLINE BILL PAYMENT
*Untuk maklumat lanjut mengenai saluran pembayaran alternatif yang lain sila Klik Disini.
BAHAGIAN SUMBER MANUSIA
Jika terdapat sebarang perkara atau pertanyaan berkaitan Bahagian Sumber Manusia SAP, boleh emel ke humanresource@airperlis.com.my
Terima Kasih :)